afiqah n alia. Inilah afiqah sayang ku. hehe! ;) Afiqah kata die bakal keluar dari smkbs. Die dapat tawaran ke sekolah berasrama penuh. Actually, aku jeles sangat2 dengan die sebab die dapat pergi asrama penuh. Aku da wat rayuan pun tak dapat. Mungkin takde rezeki. Tapi mengenangkan ibu yang asyik mara2 sebab aku tak dapat asrama penuh aku jadi tak betul da. Aku asyik terpikirkan macam mane nak happykan hati mak aku sendiri. Die nak aku dapat 8A, aku da tunaikan. Die nak aku kawan dengan budak2 pandai jer, aku da tunaikan. Die nak aku pergi sekolah, belajar dan hanya pikir belajar jer, pun aku da buat. Kadang2 aku terpikir gak kan aku hidup dengan impian mak aku bukan impian aku tau. Aku tak tau macam mane lagi nk puaskan hati mak aku. Bile cakap pasal nie,, aku jadi sedih,, aku rasa nak menanges. Cita2 aku ada orang nak peduli. Tak kan. Patut nya ibu sokong apa yang aku buat. Patutnya ibu bagi kata2 semangat wlaupun aku tak dapat tawaran ke MRSM atau SBP,, tapi yang jadi sekarang aku ngan ibu da tak bercakap. Teruk kan? Kalau bercakap sumpah bergado punya. Aku mesti akan hilang orang yang aku sayang. Jauh dengan orang yang aku sayang. Mula2 afiq, ainun, sekarang afiqah pulak. Aku memang support die. Aku galakkan die pergi tapi bile die pergi aku rasa nak nanges. Aku jadi tak tau nape ngan aku nie. Aku sedih sebab die kawan rapat aku and die akan ke MRSM atau aku sedih sebab aku terkenangkan ibu yang tak happy dengan aku sekarang..?? Aku tak paham. Bile aku dengar jer Afiqah dapat tawaran ke MRSM,, aku rasa macam kene panah petir tau. Tapi apela sangat sekolah berasrama nie.. Gah sangat ke die.. Atau aku yang excited sangat nak ke sana.. last2 tak dapat. Macam nilah nasib orang yang tak seberapa. Tapi aku redha. Ada hikmah sebenarnya aku tak pergi. Mungkin Allah bentangkan rezeki yang luas buat aku di SMKBS. Mungkin jugak kalau aku pergi aku tak dapat tangkap subject kat sana atau aku tak dapat sesuaikan diri aku kat sana. Biasalah,, budak takde disiplin. Kerja BM bile lar nk buat nie.. Hilang kawan nie pun rasa sedih jugak kan. Kawan sama2 gaduh, kawan sama2 gelak. kawan sama2 mengutuk. Kawan sama2 nanges. Aku bersyukur sume kawan2 setakat nie, Alhamdullilah kawan yang sama2 gelak,Yang sama2 menangis. Aku harap Afiqah akan buat keputusan yang terbaik dan kalau die pergi die akan sentiasa ingat kami kat sini. Kawan2 die yang seperti die,, mencari ilmu, mendalami ilmu demi mencapai cita2 yang diimpikan. Masing2 nak jadi doctor. Semoga Allah memakbulkan doa kita semua agar kita semua berjaya. AMIN.
No comments:
Post a Comment